Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dulu Puasa Dengan Anak,...

RAMADAN tahun ini pastinya merupakan antara detik paling dinantikan pelakon Izreen Azminda apabila...

COVID-19: Kluster Baharu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam kalangan...

MAHA 2018: Harapan Jadikan...

ALOR SETAR – Pemilihan tema ‘Segalanya Wanita’ bagi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan...

Liga Super: Pertemuan JDT...

KOTA BHARU - Pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga...

Neuer Akui Peluang Menangi Ballon d’Or Tipis

BERLIN – Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menyifatkan peluangnya untuk dinobatkan Pemain Terbaik Dunia atau Ballon d’Or jauh lebih rendah berbanding penyandang, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

“Jelas saya bukan pilihan,” kata bintang kelab Bayern Munich itu kepada akhbar Jerman, Suddeutsche Zeitung.

“Dua lagi calon adalah ‘bintang’ antarabangsa, mereka jelas mempunyai kelebihan,” katanya yang tersenarai dalam tiga calon terakhir untuk memenangi anugerah berprestij itu.

Sekiranya memenangi Ballon d’Or, Neuer menjadi pemain pertama Jerman memenanginya selepas Lothar Matthaus pada 1990.

Begitupun bagi jurulatih Jerman, Joachim Loew pemain berusia 28 tahun itu adalah pilihan yang terbaik.


“Manuel layak untuk memenangi anugerah ini, dia membawa permainan bola sepak kepada satu dimensi baharu,” kata Loew.

Selain Neuer, dua calon lain jelas memiliki reputasi tinggi dengan Ronaldo memiliki dua koleksi anugerah itu di kabinetnya dan Messi memenanginya sebanyak empat kali. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori