GEORGETOWN – Ratu skuasy dunia, Datuk Nicol David tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pagi tadi selepas berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 buat kali kelapan di Kaherah, Mesir, Ahad lalu.
Ketibaan Nicol kira-kira jam pada jam 10.05 diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan ibu bapanya, Desmond David dan Ann Marie David.
Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu berjaya menewaskan musuh tradisinya, Raneem El Weleily sebab keputusan 5-11, 11-8, 7-11, 14-12, 11-5 pada kejohanan berkenaan.
Nicol yang menjuarai kejohanan berkenaan pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012 ketinggalan 6-10 pada set keempat kepada Reneem yang juga pemain pilihan ketiga itu yang hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan cabaran berkenaan.
Namun, Nicol, 31, jelas tidak mudah mengalah apabila bangkit dan mengawal permainan dengan baik untuk menyamakan kedudukan sebelum menewaskan Raneem 14-12 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. – BH Online