TAHNIAH diucapkan kepada Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Disember lepas.
Majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur hari ini, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang digalas.
“Saya berjanji bahawa saya akan melaksanakan peranan, tugas dan kepercayaan kerajaan dan pasukan kepada saya ini dengan sebaik mungkin kerana saya menyedari bahawa tugas baru yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini adalah merupakan satu jawatan yang amat berat dan memerlukan penumpuan serta komitmen yang sepenuhnya,†katanya.
Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.
Untuk makluman anda, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.
Lantikan beliau sekaligus menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib pada 7 September lepas.
Disamping itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan penjenamaan semula Jabatan Logistik PDRM kepada Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi PDRM.
Penjenamaan ini bertepatan dengan peredaran zaman dan keperluan semasa yang melibatkan transformasi dalam struktur organisasi, cara bekerja dan penyampaian perkhidmatan.
Menerusi laporan Tranformasi ini melibatkan tiga fasa iaitu penstrukturan berdasarkan Waran Perjawatan K63.
Di mana fasa pertama ialah Jabatan Logistik menggabungkan Bahagian Komunikasi dan Teknologi Maklumat .
Manakala fasa kedua, melibatkan Bahagian Analisis Dan Pembangunan Teknologi dan fasa ketiga transformasi melibatkan penjenamaan semula nama jabatan dan pengukuhan organisasi Jabatan Logistik.– MYNEWSHUB.CC
VIDEO POLIS BAIK HATI DAN KACAK
https://www.youtube.com/watch?v=jiSHmu2cVcU
Oleh : FARAH