Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mayat Remaja Lemas Terjatuh...

ALOR SETAR - Mayat remaja lelaki yang lemas selepas terjatuh dari bot nelayan...

Vietnam Wujud Klinik Khas...

BANDARAYA HO CHI MINH - Pusat Perubatan Universiti Bandaraya Ho Chi Minh pada...

UMNO Akan Hentikan Kempen...

CHUKAI: UMNO akan menghentikan semua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekiranya kawasan...

Majlis Kahwin Serba Ringkas...

SIAPA kata mahu melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan wajib memerlukan sejumlah peruntukan yang besar? Pembaca...

Nurul Izzah, Suami Capai Persetujuan Hak Penjagaan Anak

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan bersama dua anak mereka.

Foto keluarga: Nurul Izzah di samping dua anak, bapa Anwar Ibrahim dan suami, Raja Ahmad Shahir.
Foto keluarga: Nurul Izzah di samping dua anaknya, Anwar Ibrahim (bapa) dan suami, Raja Ahmad Shahrir.

Persetujuan secara prinsip itu direkodkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh di dalam kamarnya di sini hari ini.

Nurul Izzah yang diwakili peguam Nor Mawaddah Ramli dan suaminya, diwakili peguam Azmi Mohd Rais, menghadiri prosiding itu.

Ketika ditemui pemberita, Azmi berkata bagaimanapun persetujuan itu masih belum dijadikan perintah secara rasmi berikutan Hakim Amran Mat Zain sedang bercuti.

Azmi berkata terma-terma lain seperti tempat tinggal dan hak lawatan ke atas dua anak mereka itu akan diputuskan semula apabila kes itu disebut pada 15 Jan depan.

Pada 29 Okt lepas, pasangan itu masih cuba mencari penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.


Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga menetapkan tarikh sama (15 Jan depan) untuk sebutan semula kes cerai pasangan itu berikutan Raja Ahmad Shahir Iskandar memohon untuk memfailkan semakan terhadap Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang diperolehi sebelum ini.

Azmi berkata anak guamnya itu tidak mengemukakan cadangan nama ‘Hakam’ seperti diperintahkan sebelum ini kerana ingin memfailkan semakan laporan itu mengikut Seksyen 51 Akta Pentadbiran Undang-UndaNg Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

‘Hakam’ adalah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan, maka ‘Hakam’ akan melafazkan talak bagi pihak suami. – BERNAMA

——————————————————————————————————————–
VIDEO: Usaha mahkamah damaikan Nurul, suami gagal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori