Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Antara Korban...

GEORGETOWN - Dua warga emas jadi korban terkini banjir kilat dan cuaca buruk...

PAS Perak Mohon Ampun...

IPOH - PAS Perak menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin...

Spacex Lancar Kapal Angkasa,...

WASHINGTON - SpaceX pada Sabtu berjaya melancarkan kapal angkasa Crew 9 dari Stesen...

Facebook Tingkat Perlindungan Elak...

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengumumkan...

‘Orang Malaysia Bodoh’, Komen Tun M Isu CEO MAS Baru

Mungkin kecewa dengan prestasi Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Mantan Perdana Menteri berkata, orang Malaysia ‘bodoh’ dan gagal menerajui MAS.

Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi,” petik kenyataan beliau yang disiarkan akhbar Sinar Harian.

Ia merupakan reaksi balas yang diujar beliau apabila ditanya tentang keputusan Khazanah Nasional yang melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru MAS.

Jawatan tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan.

Tun M juga menambah, situasi ketidakcekapan pengurusan individu terdahulu juga mengakibatkan ‘orang luar’ diberi kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat tersebut.

Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang nak buat baik balik, oklah.”


ST_20141008_VNMAS_721579e

Khazanah membuat pengumuman tersebut semalam dengan melantik Mueller menyandang jawatan itu, dan bakal diserap menyertai Lembaga Pengarah MAS pada suku kedua tahun depan.

Mueller yang merupakan CEO syarikat penerbangan nasional Ireland Aer Lingus, sebelum itu berjaya memulihkan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori