Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Kecil, Usahawan Tani...

TAWAU - Golongan pengusaha kecil dan sederhana serta usahawan tani luar bandar di...

Polis Marin Tahan 18...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan 18 pendatang asing tanpa izin...

Gagal Hadir Mahkamah, Peniaga...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap...

“Syarat Baru E-hailing Tak...

PETALING JAYA - Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan...

Orang Ramai Panik, Pak Belang Terlepas Dari Zoo Taiping

Pengunjung Zoo Taiping di Perak panik seketika apabila seekor harimau belang atau Harimau Malaya terlepas dari kandangnya di zoo itu pada pukul 12 tengahari tadi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Ab Rahim Md Ariff berkata, orang ramai diarahkan keluar daripada zoo itu selepas harimau berkenaan melarikan diri.

Pihak pengurusan Zoo Taiping bertindak pantas mengesan harimau berkenaan dan berjaya menemui semula haiwan itu yang kemudian ditembak dua kali menggunakan ubat pelali.

MENARIK – Ikan Talapia Di Perak, Didakwa Diberi Makan Bangkai Babi 

Beliau berkata harimau itu berjaya memecahkan pintu pagar kandangnya kerana haiwan itu ketakutan ekoran ada kerja penyelenggaraan sedang dilakukan berhampiran tempat ia diletakkan.


“Harimau berkenaan yang ditembak ubat pelali kini sedang diberi rawatan oleh doktor haiwan kerana bimbang ubat pelali berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada haiwan itu.

“Zoo dibuka semula kepada orang ramai kira-kira 4 petang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Video Harimau Di Zoo Taiping Berenang

http://youtu.be/k-HSKDto_IA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori