Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Penternak Alami Kerugian Akibat...

PETALING JAYA - Hidangan ikan kukus yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia akan menjadi...

Bapa Maut Anak Parah...

DUNGUN - Seorang bapa maut manakala anaknya cedera parah selepas kereta yang mereka...

Pemandu Bas RapidKL Mengaku...

KUALA LUMPUR - Pemandu bas RapidKL yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang...

Felda United Mahu Cari...

MARAN - Felda United akan mendapatkan pemain import baharu ekoran persembahan hambar yang...

Osman Salleh Ketua Polis Baharu Perak

IPOH – Datuk Osman Salleh, sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, dilantik sebagai Ketua Polis baharu Perak berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas yang dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang mewakili Ketua Polis Negara.

Osman, 58, merupakan ketua polis Perak ke-27, menggantikan tempat Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.


Osman yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 39 tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori