Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: Barisan Nasional...

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Taylor Swift, Tom Hiddleston...

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasihnya, aktor British, Tom Hiddleston...

Arena Badminton Dunia Terkesan...

KUALA LUMPUR - "Pergi ke gelanggang bersendirian. Tiada siapa yang mengiringi saya lagi,"...

Waspada Panggilan Palsu Menyamar...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan...

‘Gelombang Kedua’ Lebih Besar, Pahang Dah Siap Sedia

KUANTAN – Pahang telah membuat persediaan rapi untuk menghadapi banjir lebih besar berikutan paras air beberapa sungai utama di negeri ini dilaporkan telah melepasi paras bahaya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata persiapan itu termasuk dari segi penambahan stok makanan dan barangan keperluan di daerah-daerah yang telah dikenal pasti akan teruk terjejas dengan kejadian itu.

Daerah yang telah dikenal pasti ialah Kuantan, Lipis, Maran, Jerantut dan yang mutakhir di Pekan.

“Saya diberikan taklimat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang menyatakan dalam tempoh 62 jam selepas banjir berlaku di negeri ini, Pekan akan terjejas dengan lebih teruk dan pada masa sekarang pun telah ada mangsa yang dipindahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Kompleks Sukpa di sini hari ini. Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Muhyiddin sebelum itu diberikan taklimat perkembangan terkini keadaan banjir di Pahang di Wisma Seri Pahang. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara diberikan taklimat hampir satu jam sebelum meneruskan lawatan ke Kompleks Sukpa.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, sembilan batang sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis mencatatkan bacaan 65.92 meter (paras bahaya 62.00 meter); Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut pada parsa 59.32 meter (paras bahaya 52.00 meter).

Selain itu Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran 24.90 meter (paras bahaya 23.50 meter); Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran 20.27 meter (paras bahaya 19.00 meter); Sungai Kuantan di Kuantan Bypass, Kuantan 4.90 meter (paras bahaya 3.50 meter).

Sungai Jelai di Bukit Betong, Lipis 74.86 meter (paras bahaya 73.00 meter), Sungai Tembeling di Kuala Tahan, Jerantut 77.52 meter (paras bahaya 68.00 meter), Sungai Pahang di Temerloh 35.05 meter (paras bahaya 33.00 meter) dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan 17.15 meter (paras bahaya 14.90 meter).- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori