Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tangan Madonna Menyerlahkan Usia...

DENGAN jaket ranggi dan solekan di muka, ia menjadikan Madonna kelihatan sangat bertenaga...

Jika Anda Berani, Cubalah...

PASTI menimbulkan kemarahan kepada sesiapa sahaja sekiranya anda merupakan mangsa kecurian.Sebut bab kecurian...

PAN Sedia Letak Calon...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) bersedia mengetengahkan calon dalam kalangan masyarakat...

Jerebu: 337 Sekolah Di...

KUCHING - Sebanyak 337 sekolah di sembilan daerah di Sarawak di tutup hari...

Pampasan 8 Pembantu Khalid Tak Ikut Proses Betul – Audit

Pembayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didapati tidak mengikut prosedur sepatutnya.

Pendedahan itu dilakukan oleh kerajaan Selangor, Rabu lalu melalui laporan setebal 11 muka surat yang dibuat oleh lima panel penyiasat Perbendaharaan Negeri, diketuai Ketua Bendahari, Azal Adzhar.

Portal The Malaysian Insider yang memetik laporan tersebut, menyatakan, “Bayaran pampasan ini tidak dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan pada Surat Tawaran Pelantikan lapan kakitangan/pegawai MBI tersebut.”

Dalam laporan tersebut juga, ia menyatakan kelulusan yang dibuat bagi pembayaran pampasan sebanyak 30% gaji yang kemudiannya didarabkan dengan jumlah bulan perkhidmatan serta skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil lapan pembantu Khalid juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

Bukan itu sahaja, Khalid juga dikatakan tidak mendapat persetujuan dari ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran itu.

Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorporated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan.


Ahli Lembaga pengarah MBI tidak termasuk pengerusi MBI (Khalid) pada bila-bila masa selepas 25 Ogos 2014, tidak pernah memberi persetujuan secara muktamad bagi pelaksanaan yang sudah dibuat kepada 8 kakitangan yang terlibat seperti diputuskan oleh pengerusi MBI pada 22 September 2014.”

Laporan itu juga menyatakan kepincangan pembayaran terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Menurut laporan, Faekah hanya berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukan 51 bulan seperti yang dibayar kepadanya. Begitu juga dengan seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib yang berkhidmat selama 53 bulan 23 hari, dan bukan 78 bulan. – MHUBYNEWS.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori