TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..
Gara-gara difitnah dan dikeji, bapa Emma Maembong, Ismail Embong, 66, tampil menyelar sebuah akhbar tempatan yang memburukkan dirinya dalam sebuah artikel bertajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’.
Artikel yang diterbitkan itu mencetus kemarahan dirinya kerana didakwa bukan saja memburuk-burukkan dirinya malah segala kenyataan tersebut bercanggah dengan fakta sebenar.
Menurut pelukis profilik negara terkenal ini, wartawan artikel yang dikenali sebagai ‘Miss J’ tidak sepatutnya menjatuhkan dan memburukkan orang sesuka hati tanpa mendapatkan fakta sebenar.
“Usah burukkan sesiapa kalau niat nak jual akhbar, terutama niat mu untuk menghancurkan org lain,” ujar Ismail dalam Facebooknya.
Malah kerana terlalu berang, Ismail menyelar wartawan tersebut sebagai ‘si busuk’ menerusi status berbunyi, “Bodoh dan banganglah akhbar punyai si busuk sebegini.”
Ismail turut menjelaskan dia memang mahu urusan perkahwinan anaknya dilakukan secara sederhana.
Tentang dakwaan ‘Miss-J’ kononnya dia cabut lari selepas uruskan hal pernikahan, Ismail memberitahu selesai menandatangani surat tersebut, dia beredar bersama rakan dan anak lelakinya untuk mencari makanan sebab terlalu lapar kerana belum menjamah makanan seharian.
Menurutnya, dia agak terkilan kerana permintaannya supaya pihak media tidak dipanggil ketika majlis pernikahan tidak dipatuh, apatah lagi berlaku pula kes seumpama ini.
“Saya terkilan, marah, sedih, hampa, pilu, disusuli hal ini pula, juga tidak mengikut permintaan bapa. Sudah saya nasihati mereka untuk bernikah secara kecil-kecilan, jangan ada pihak media terutama seperti si Miss-J ini.”
“Lepas nikah, buatlah apapun, jangan libatkan saya kerana saya masih ada tiga anak yang belum berkahwin. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kalau kata majlis sanding itu ditaja, boleh. Suruh si penaja itu sedekahkan pada fakir miskin dapat berguni, berlori pahala,†katanya. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO EMMA DAN ZIZAN