Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jambatan Runtuh, Seorang Pekerja...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja warga Bangladesh yang sedang membina sebuah jambatan di...

Thaipusam Kekal Bukan Hari...

SINGAPURA – Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bertegas menyatakan, Thaipusam tidak akan dijadikan sebagai...

Robert Rizal: Bunuh 5...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAHUN 1973 bukan sahaja menjadi tempoh yang mencabar buat...

Jerebu: Indonesia Sambut Baik...

JAKARTA - Indonesia menyambut baik langkah proaktif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Selangor Berkeras Mahu Teruskan Projek Ternak Babi

Biarpun dapat tentangan, Kerajaan Negeri Selangor akan tetap meneruskan projek menternak babi secara moden di Kuala Langat seperti dirancang.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, bantahan ke atas projek itu adalah adat biasa dalam sesuatu pembangunan tetapi kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima pandangan.

“Mana-mana isu pembangunan mesti akan ada bantahan. Tapi kita akan dengar dan dekati pihak-pihak berkuasa, penduduk setempat, NGO sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya.

MENARIK – Surat Berkaitan Projek Ternak Babi Di Kuala Langat Tersebar

Malahan, Azmin awal-awal lagi sudah menganggap isu itu bukanlah satu masalah besar kerana pelaksanaannya menggunakan teknologi khusus bagi mengatasi masalah pencemaran yang dibimbangkan.

“Pada saya ini bukan masalah luar biasa bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita hormati pandangan rakyat.

“Di dalam isu ini, kita ada teknologi baru untuk diselesaikan dan sudah tentu ia melibatkan kos. Kita akan bincang dengan pihak-pihak yang mengusahakan ternakan babi bagi kepentingan rakyat dan faktor kebersihan,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Hak Milik Pemilik Bangunan Perniagaan Lestari dan Penyerahan Notis 5A di Taman Subang Permai, Selangor.

Sebelum ini, projek penternakan khinzir telah mendapat tentangan pelbagai pihak, penduduk Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PERKASA di Selangor.

Cadangan projek berkenaan yang akan dilaksanakan oleh dua syarikat telah pun dibentangkan pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), baru-baru ini.


MYNEWSHUB sebelum ini ada melaporkan berkenaan surat cadangan projek itu yang tersebar, dan telah mula mencetuskan kebimbangan orang ramai berkenaan masa depan kawasan yang dipilih sebagai lokasi ternakan haiwan itu.

SuratBabi_1

Pada 1999, industri penternakan babi di sebuah ladang ternakan di Semenanjung Malaysia pernah mencetus kontroversi ekoran penemuan virus baru dikenali sebagai Virus Nipah, yang menyebabkan penyakit berkaitan pernafasan dan neurologi.

Virus berkenaan menyebabkan kematian 105 mangsa dan terpaksa ditangani dengan pelupusan lebih sejuta ekor babi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Lawatan Pelajar Institut Veterinar Malaysia Ke Ladang Babi

http://youtu.be/NwTWQuUgbag

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori