Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Olimpik 2016: Pelacur Brazil...

RIO DE JANEIRO - Sukan Olimpik 2016 menjadi kesempatan bagi masyarakat Brazil, khususnya daripada semua sektor...

Tabung Haji Saran Pendeposit...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan lebih 41,000 akaun pendeposit yang...

Lara Alana Dah Mula...

PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan anak tunggalnya, Lara Alana perlu membayar cukai pendapatannya sendiri...

Kualiti Udara Di Seluruh...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan...

PAS Khianati Pengundi Bukan Islam – DAP

KUALA LUMPUR – PAS tidak perlu tunggu selama 50 tahun untuk menang di Kedah dan Perak jika undang-undang hudud begitu penting kepada parti itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, PAS sepatutnya telah banyak menang kerusi sebelum tahun tersebut dan tidak perlu berkerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

“Kira-kira 80 peratus bukan Islam yang mengundi PAS pada tahun 2013 akan berasa dikhianati oleh PAS dengan pelaksanaan undang-undang hudud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menganggap semua alasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan mengelirukan pengundi bukan Islam.

Menurutnya, bukan Islam tahu undang-undang hudud lambat laun akan turut dilaksanakan ke atas seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam selepas dilaksanakan di Kelantan.


Katanya, PAS membuat alasan tidak munasabah bahawa parti itu berhak melaksanakan undang-undang hudud tanpa persetujuan pakatan pembangkang kerana parti itu telah lama mengetengahkan undang-undang itu.

“Mengapa PAS tidak melaksanakan undang-undang hudud selepas menjadi Menteri Besar di Perak dan Kedah pada tahun 2008?,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori