Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Usah Panjangkan Lagi Isu...

KUALA LUMPUR: Pengarah filem The Original Gangster (TOG), Syamsul Yusof, 39, menjelaskan keputusan...

Agong Zahir Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap...

21 ADUN ‘Boikot’ Persidangan...

KOTA KINABALU - Seramai 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah termasuk bekas...

Jambatan Baharu Bakal Dibina...

BESUT - Sebuah jambatan baharu bernilai RM20.5 juta yang menghubungkan Kampung Durian Telur...

PAS Tak Adil, Tak Bantah Ratu Cantik Muslimah – MCA

Salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MCA mengkritik PAS agar tidak mengamalkan pilih kasih dalam pendirian parti itu yang membantah penganjuran pertandingan ratu cantik di Langkawi yang diadakan pada Rabu lepas.

Menurut Ahli Jawatankasa Pusat MCA, Dr Chin Tung Leong, PAS sepatutnya turut membantah penganjuran pertandingan sama yang dispesifikkan untuk golongan muslimah, yang telah diadakan di Yogyakarta, Indonesia baru baru ini.

Memetik kenyataan Chin dari portal Malaysiakini, “Jika PAS melihat pertandingan ratu cantik di Langkawi sebagai sesuatu yang tidak bagus, bagaimana pula dengan pertandingan ratu cantik dunia muslimah yang diadakan pada tahun ini tidak dibantah kepada pihak Indonesia? 

Ini menunjukkan sikap pilih kasih PAS.”

Screen-Shot-2014-12-03-at-10.21.00-AM

Sebelum ini, PAS membuat kenyataan bantahan terhadap penganjuran pertandingan ratu cantik, Miss Tourism International: Show Extravaganza.

Tambah Chin, PAS sepatutnya melihat peserta program dari sisi sebagai seorang duta yang berpendidikan serta berbakat, bukan semata-mata atas dasar kecantikan.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kritikan PAS yang mengatakan, program sedemikian merupakan satu acara ‘tidak sihat’.


Ujar Pengerusi MCA Padang Serai itu, penganjuran acara sedemikian akan memberi publisiti secara global kepada Malaysia.

Adakah PAS ingin mengatakan bahawa meningkatkan pelancongan, pembangunan di Kedah dan menambahkan pendapatan ke dalam tabung negara, memanfaatkan bakat, kerjasama antara pihak kerajaan-swasta sebagai sesuatu yang tidak sihat?”

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kerajaan akan terus menyokong program seumpama itu.

Saya fikir PAS perlu ingat bahawa dalam negara ini, ada kira-kira 40 hingga 45 peratus bukan Islam yang juga rakyat dan berhak ke atas acara seperti ini.

Kita perlu pastikan bahawa hak 45 peratus bukan Islam ini dihormati. Apa yang tidak haram bagi mereka, saya fikir kita mesti lakukan.”

Datuk Mahfuz Omar juga sebelum ini, pernah mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap penganjuran program tersebut oleh kerajaan negeri Kedah di Langkawi kerana didakwa membawa budaya ‘tidak sihat’ kepada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Jelitawan Tunisia Rangkul Gelaran Ratu Cantik Muslimah 2014 Yang Diadakan Di Indonesia

https://www.youtube.com/watch?v=DAKdS2qn8yY&spfreload=10

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori