Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu Cemari Peristiwa...

KUALA LUMPUR - Tanggal keramat 9 Mei, 2018 adalah titik tolak berubahnya hala...

Suami Curang, Isteri Balas...

INI makan dia!Seorang wanita dari Warwick, Britain, Laura Arnolds mengambil keputusan menjual rumah...

Isteri Allahyarham Kapten MH17...

PEMERGIAN Allahyarham Kapten Wan Amran Wan Hussin yang terkorban dalam nahas pesawat Penerbangan...

Dakwaan Kanak-Kanak Diculik Untuk...

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang laporan polis berhubung...

Kejutan! Pasangan Cina Sanding Ikut Adat Melayu

Manis, sopan dan mengujakan!Itu ungkapan sesuai diberikan buat kedua-dua mempelai Tionghua yang memilih adat Melayu sebagai konsep majlis resepsi perkahwinan mereka.

Hari bersejarah unik tersebut berlaku di Kampung Alor Rambai, Kepala Batas, Kedah yang mana Soo Sheng Leng, 28, segak mengenakan persalinan baju Melayu manakala Goh Sok Chin, 27, dibaluti sepasang kurung Kedah.

Lagi bertambah meriah, perkahwinan tersebut dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung bagi meraikan kehadiran 3,000 tetamu.

Bapa pengantin lelaki, Soo Lian Heng, 58, berkata, konsep perkahwinan tersebut sudah lama dirancang bersama ahli keluarga lain bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri dari kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit tersebut menambah, idea itu kemudiannya disambut baik oleh ahli keluarga termasuk di sebelah pihak perempuan, rakan serta jiran.

Ujarnya kepada pemberita, “Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya.”

Soo, pengantin lelaki pula berkata, pada awalnya dia terkejut dengan idea itu namun tidak membantah.


Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung.”

Pengantin perempuan, Goh, menambah, “Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami. Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila.”

Salah seorang penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, yang dijemput menghadiri majlis tersebut, terkejut melihat konsep Melayu yang diaplikasikan keluarga Cina itu.

Perkahwinan itu julung kali diadakan oleh masyarakat di kampung tersebut, dan sebagai jiran, Suraya turut membantu bagi melancarkan majlis. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori