Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pesawat Indonesia Bawa 146...

SEBUAH pesawat Boeing yang dikendalikan syarikat domestik Sriwijaya Air terbabas dari landasan di Lapangan...

Bekalan Bahan Mentah Aidiladha...

BUTTERWORTH – Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) hari ini memberi jaminan bekalan bahan...

JPJ T’ganu Kenal Pasti...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengenal pasti 10 jalan utama...

Saman Zunar Terhadap PDRM,...

KUALA LUMPUR - Kes saman kartunis Zunar terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan...

PBNJ Beri Sumbangan RM100,000 Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Kesengsaraan dialami sebahagian penduduk pantai timur akibat banjir besar yang melanda negeri itu sejak beberapa hari mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

PBNJ dalam satu kenyataan media mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“PBNJ berbesar hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur yang sedang dilanda bencana alam ketika ini.

“Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada badan yang berkaitan,” kata kenyataan itu hari ini.


PBNJ memaklumkan bantuan itu bertujuan meringankan beban kehidupan mangsa banjir yang terjejas teruk akibat bencana itu.

“PBNJ mewakili seluruh pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan dan penyokong pasukan Harimau Selatan melahirkan rasa simpati ke atas bencana yang tidak diduga ini,” kata kenyataan itu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori