Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

420 Mangsa Banjir Di...

SEREMBAN - Seramai 420 individu daripada 84 keluarga di tujuh kampung sekitar Seremban dipindahkan ke...

APMM Mula Proses Ekstradisi...

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah memulakan proses ekstradisi lapan suspek...

Harga Minyak Rendah Dorong...

KUALA LUMPUR - Harga minyak yang rendah mendorong pembaharuan dalam subsidi bahan api...

Kurang Siuman Graduan Niaga...

KUALA LUMPUR - "Siapa yang pilih jadi pemandu uber atau penjual nasi lemak...

PDRM Tunggu Laporan Australia Berkaitan Lelaki Iran

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan daripada pihak Australia sama ada lelaki Iran yang ditembak mati dalam insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney Isnin lalu pernah menetap di Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada negara berkenaan bagi mengetahui butiran peribadi lelaki berkenaan.

“Kita nak tahu siapa dia, nama sebenar dia dan nombor pasport … baru kita boleh membuat semakan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah lelaki Iran itu yang menjadikan 17 individu terdiri daripada staf dan pengunjung kafe berkenaan sebagai tebusan pernah menetap di Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Balai League Table (BLT) di sini, hari ini apabila diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai Man Haron Monis,50, yang mati ditembak polis Australia dalam drama tebusan 17 mangsa di Sydney, dikatakan pernah menetap di Malaysia.

Dalam insiden itu, dua tebusan juga terbunuh iaitu pengurus kafe berkenaan Tori Johnson, 34, dan pekerja kafe Katrina Dawson, 38.


Laporan akhbar itu juga menyebut suspek dikatakan melarikan diri ke Malaysia pada 1996 setelah menyedari dikehendaki polis Iran berhubung jenayah ganas dan penipuan yang dilakukannya.

Tarikh sebenar suspek meninggalkan Malaysia bagaimanapun tidak diketahui namun Australia memberikan status pelarian kepadanya pada 2001, menurut laporan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori