Peguam yang dilantik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengendalikan kes kegagalan ujian doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dikhabarkan telah menghantar permohonan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) meminta kes itu ditunda.
Permohonan itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Peguam BAM meminta kes itu ditunda kerana mereka memerlukan lebih masa untuk menyediakan kes berkenaan dengan lebih terperinci.
Sebelum ini, badan pengurusan sukan badminton di Malaysia itu dimaklumkan bahawa tarikh pendengaran kes berkenaan dijadualkan pada 8 Disember ini di Amsterdam, Belanda.
Ketika ini, pemain nombor satu dunia itu digantung sementara oleh BWF selepas ujian doping mendapati Chong Wei positif penggunaan bahan terlarag ‘dexamethasone’ ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC