Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

3 Remaja Dipercayai Lemas...

BERA - Tiga remaja dipercayai lemas selepas hilang ketika sedang mandi bersama rakan...

(Gambar Ngeri) Gadis Cantik...

MAYAT seorang gadis remaja ditemui dalam keadaan ngeri dan amat menyedihkan.Bukan sahaja dibunuh,...

DBKL Tutup Pusat Hiburan...

KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira 10 tahun dikatakan ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang,...

‘So Sweet’: Wanita Kahwin...

Apabila Lauren Adkins bertentang mata dengan watak Edward Cullen daripada sekuel Twilight, ia...

Pekerja Binaan Maut Ditimpa Dinding Konkrit

GEORGETOWN – Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa runtuhan dinding konkrit ruang pameran yang sedang dalam pembinaan di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini malam tadi.

Dalam kejadian 9.20 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Shamsul, 30, mati di tempat kejadian apabila dinding sepanjang lima meter dengan lebar 5.6 meter itu menghempapnya.

Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Md Suhaimi Md Abdullah berkata mangsa terperangkap di bawah runtuhan selepas kakinya dipercayai tersangkut dan mayatnya hanya dapat dikeluarkan pasukan menyelamat pada 10.10 malam.

“Mangsa sedang membuat kerja ketika kejadian sebelum dinding itu runtuh. Pasukan menyelamat mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa kerana runtuhan dinding itu padat. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Md Suhaimi berkata kejadian berlaku ketika hujan renyai dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori