Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa ke-24 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Tin Biskut ‘Selamatkan’ Nyawa...

KOTA TINGGI - Berpantang maut sebelum ajal. Itu terjadi kepada seorang nelayan yang...

Kapal TLDM Selamatkan Bot...

JOHOR BAHARU - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan sebuah bot riadah...

Ibu Derma Rahim Untuk...

BEIJING - Seorang wanita tempatan bernama Yang Hua di Ankang, wilayah Shaanxi mengadu...

Pekerja Kontrak, Pemandu Lori Didakwa Bunuh Rakan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja kontrak dan pemandu lori hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh rakan mereka dua minggu lepas.

K Kumaran dan R Kunasundar, masing-masing berusia 33 tahun, didakwa secara bersama menyebabkan kematian R. Ganesan, 47, di sebelah sebuah kedai di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh di sini pada 2.10 pagi, 7 Disember lepas.

Kedua-dua tertuduh hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mahkamah menetapkan 23 Februari untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala Kumaran diwakili peguam K. Komagan manakala Kunasundar tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori