Petikan Sepenuhnya Dari Blog Malaysian Crime – KLIK
1. Masyarakat terkejut hari ini bila membaca alasan dari Ketua Polis Daerah Dang Wangi dalam akhbar Metro (ms 11) tentang betapa sukarnya membendung aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur.
2. Adakah Ketua Polis Daerah Dang Wangi lupa bahawa masyakakat sudah mengetahui apa yang ada di Bukit Bintang contohnya. Melalui media cetak, elektronik dan pendedah di media sosial, masyarakat tahu dan sedar wujudnya bit PDRM atau balai bergerak di kawasan strategik atau dengan tepat di kawasan yang adanya ‘urusniaga lendir’ tersebut.
3. Alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi amat memalukan PDRM sendiri. Ayat klise ‘minta orang ramai salurkan maklumat’ juga turut mencalarkan nama baik PDRM itu sendiri. Apa yang cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat buat?
4. Siapa yang berani menyibuk dengan urusniaga lendir kepunyaan Kongsi Gelap yang mampu membunuh siapa sahaja yang mengganggu urusan mereka.
5. Agak dangkal alasan yang digunakan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ;
a) Pelacur bergerak bersendirian, tiada Bapa Ayam?
b) Selagi ada permintaan
Sedarkah Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa bagaimana pelacur asing datang ke Malaysia kiranya tiada dalang yang membuat urusan kemasukan dan menempatkan mereka di sekitar ibukota. Siapa mereka untuk datang bersendirian ke Malaysia dan tahu selok belok urusniaga lendir di sini?
Bolehkah pelacur asing hidup di malaysia kiranya mereka tidak dilindungi?
6. Bagaimana hubungkait dengan Ketua-Ketua Kongsi Gelap yang mempunyai nama besar dalam rekod PDRM? Ah Hai misalnya. Adakah Ah Hai tidak terlibat langsung dengan aktiviti urusniaga lendir ini?
7. Masyarakat sudah lama mendengar samada dakwaan ini hanya khabar angin ataupun ada kebenarannya, “Dulu-dulu ramai Bapak Ayam pakai kereta RX7 dan ada Pegawai Berpangkat Tinggi turut sama mewah dengan hasil duit lendir ini..”
Wujudkah kaitan Kongsi Gelap, Al-Capone dan Ahli Politik dalam urusniaga lendir ini? Bagaimana pula dengan kes yang sedang dalam siasatan SPRM berhubung seorang Pegawai dalam Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat mempunyai wang tunai melebihi RM500k di dalam rumahnya semasa tangkapan dibuat. Duit lendir? Duit urusniaga dadah? Memandangkan ketika ditangkap, ada 80 biji lebih Eramin5? duit kutipan hasil melindungi urusniaga lendir? duit hasil perkongsian perniagaan haram bersama Ketua-Ketua Kongsi Gelap sebagai wakil Al-Capone?
(Malaysiancrime tidak berniat mencampuri urusan siasatan SPRM terhadap kes yang masih lagi didalam siasatan, sekadar melaporkan keresahan masyarakat dan cakap-cakap di Tangling)
Kerajaan Malaysia harus mengkaji semula hukuman terhadap semua yang terlibat dalam rangkaian urusniaga yang makin kronik seriusnya di negara ini. Setiap rantaian yang bersabit dengan urusniaga lendir ini wajib menerima hukuman yang berat termasuk pemilik premis yang menyewakan kepada Kongsi Gelap.
Kalau Ketua Polis Negara bersungguh benteras judi-online, kenapa Khalid Abu Bakar tidak nampak mengarahkan anak buahnya menggempur pusat pelacuran yang makin membiak di ibukota dan bandar- bandar utama di seluruh negara?
Dua aktiviti haram dalam bidang kuasa cawangan yang sama, kenapa hanya judi-online?
Adakah Al-Capone juga mempunyai saham terbesar dari hasil duit lendir ini? – Blog Malaysian Crime
Video Sampingan: MetronewsKL-Crimedesk- Sewa Rumah Peguam, Jadi Rumah Pelacur.
Pelacur Warga Asing Cedera Terjun Tingkap