Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Abu Kassim Serah Dokumen...

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Fairfax Group, Michael Hershman mendedahkan bahawa beliau...

Utusan Tak Dapat Kebenaran...

PUTRAJAYA - Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka memperoleh...

Adrian Pemilik Pertama Civic...

HONDA Malaysia telah menyerahkan hero terbaharu mereka, model hot hatch Civic Type R...

Mahkamah: Utusan Melayu Perlu...

PUTRAJAYA - Utusan Melayu (M) Berhad gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah...

Penuntut IPT Mangsa Banjir Dibenar Duduki Exam Ulangan

Peperiksaan akhir semester bagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dijadualkan berlangsung minggu depan.

Sehubungan itu, penuntut IPTA mangsa banjir yang tidak dapat pulang ke universiti masing-masing, diberi kelonggaran untuk menduduki peperiksaan ulangan sebagaimana diumumkan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam entri Twitter terbaharu beliau turut memaklumkan, “Naib Canselor bersetuju untuk mengadakan peperiksaan ulangan.”

Idris bagaimanapun, menasihati semua pelajar yang tidak dapat pulang menduduki peperiksaan semester yang dijadual minggu depan agar menghubungi dan memaklumkan kepada universiti masing-masing.

Terdapat beberapa IPTA turut terjejas dengan bencana banjir antaranya Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.


10888461_900088126680876_6522401927361872524_n (1)

10891597_900088150014207_1443519755855266452_n (1)

Setakat petang semalam, bencana banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak dilaporkan terus berada dalam keadaan membimbangkan dengan lebih 100,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO SITUASI BANJIR 
https://www.youtube.com/watch?v=q1CdcMd4HGo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori