Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ada Peruncit Di Selangor...

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mendapati...

4 Maut Terbakar 2...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak maut dalam dua...

Cukai Taksiran DBKL Boleh...

KUALA LUMPUR ā€“ Semua pemilik harta di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari...

Kru Kabin BA, Tube...

KRU kabin British Airways (BA) dan kakitangan kereta api bawah tanah London merancang...

Pelajar Sekolah Rendah Banggakan Malaysia Di Tokyo

KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia dari Sekolah Antarabangsa HELP Selangor, Alyssa Wong Xin Rui dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Poster Terbaik pada `Asia-Pacific Regional Space Agency Forum (APRSAF21)’ di Tokyo, Jepun semalam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan media memberitahu, kejayaan Alyssa dalam pertandingan itu satu penanda aras terhadap kecemerlangan pendidikan sains angkasa negara.

“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan minat para pelajar dalam sains dan teknologi angkasa terutamanya dalam membangunkan kemahiran pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan sains angkasa sebaris dengan negara-negara lain di rantau Asia-Pasifik,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, APRSAF21 yang bertemakan `Space for the future’ mengkehendaki para peserta pertandingan membuat poster tentang persahabatan dan kerjasama dalam bidang sains angkasa.


Kata kenyataan itu, pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah rendah itu merupakan acara tahunan dan kali ini sebanyak 36 buah poster dari 12 buah negara Asia Pasifik dipertandingkan.

“Alyssa menerima sijil penghargaan dan hadiah iringan daripada pihak APRSAF,” kata kenyataan itu.ƃā€šĆ‚Ā – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori