Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Faralyna Idris, 23 tahun  yang telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Muhammad Fikri Abdullah malam tadi.
Pasangan ini disatukan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya di majlis pernikahan mereka.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu selepas bercinta sejak dua tahun lalu.
Kedua mempelai turut bertukar lima dulang hantaran di majlis tersebut.
Majlis resepsi akan diadakan di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya, malam ini.
Manakala, majlis sebelah pengantin lelaki diadakan di Keramat, esok.
Dengarnya, suami Faralyna adalah jurukamera yang mempunyai syarikat fotografinya sendiri, Double FF yang diambil sempena huruf pangkal nama mereka berdua.
Mengenai perancangan berbulan madu, Faralyna memberitahu setakat ini mereka masih belum merancang ke mana-mana.
“Setakat ini kami tak rancang lagi nak berbulan madu ke mana-mana. Keputusan berkahwin ini pun mengejut… secara tiba-tiba apabila Fikri ajak saya kahwin. Perkara baik, keluarga pun tak ada halangan. Mungkin tahun depan kami akan berbulan madu,” kata Faralyna.
Mengenakan busana rekaan Altelia Amani Shah Alam, Faralyna sempat mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan yang banyak membantu dalam persiapan perkahwinannya.
“Alhamdulillah di sebalik kekalutan dan minit akhir kami mengubah lokasi majlis, akhirnya semua berjalan seadanya. Terima kasih kepada keluarga yang banyak membantu,” katanya lagi.
Moga berbahagia kami ucapkan buat Faralyna dan suami. – MYNEWSHUB.CC
Video lakonan Faralyna
https://www.youtube.com/watch?v=iDjbrlr_Sw8
Oleh: FARAH