Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cadang Siarkan Undi Ahli...

KUALA LUMPUR - "Saya akan cadangkan kepada Dewan Rakyat supaya senarai nama dan...

Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun...

BEIJING - Hanya kerana mainan, seorang lelaki yang berusia 25 tahun menjadi 'hilang...

Ceramah Mansuh Akta Hasutan...

Demonstrasi dan ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terganggu apabila sekitar 30...

5 Premis Ditutup Di...

SEREMBAN - Sebuah lagi prasekolah di daerah ini ditutup menjadi premis kelima yang diarahkan...

Pellegrini Melenting Aksi Hambar Man City

MANCHESTER – Manuel Pellegrini melenting, hari ini melihat gelagat pemainnya yang leka sehingga membiarkan kelebihan dua gol terlepas selepas seri 2-2 ketika menentang pasukan kerdil, Burnley, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea yang juga seri 1-1 ketika menentang Southampton di laman lawan, malam tadi.

“Pemain saya seperti sudah yakin selepas mendahului 2-0 tetapi permainan bola sepak belum tamat sehingga wisel penamat,” kata Pellegrini.

“Kami gagal menyambung rentak sama. Kami bermain baik pada babak pertama tapi amat jelas sekali kami tidak dapat mengekalkan rentak sama selepas rehat.


“Pada babak kedua lawan menjaringkan satu gol yang memberi semangat kepada mereka. Keyakinan mereka bertambah dan situasi ini memberi masalah kepada kami.”

Dua gol babak pertama oleh David Silva dan Fernandinho memberi pendahuluan selesa kepada City di Etihad.

Namun, jaringan pada awal babak kedua oleh penyerang Burnley, George Boyd serta gol penyamaan yang dramatik pada minit ke-82 oleh Ashley Barnes meranapkan hajat City mahu melakar kemenangan ke-10 berturut-turut untuk kelab. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori