LONDON – Gara-gara marahkan seorang budak yang batuk selama seminit ketika dia mengadakan persembahan di Royal Festive Hall, pemain biola terkemuka dunia, Kyung Wha Chung hilang pertimbangan dan mengamuk dengan ibu bapa budak terbabit.
Kyung memberitahu ibu bapa budak itu supaya membawa semula budak tersebut ke pentasnya apabila budak berkenaan dewasa.
Tindakannya itu menyebabkan penonton menyifatkan Kyung sebagai angkuh namun ada pula yang memujinya kerana bersuara.
Kyung tidak membuat persembahan selama lima tahun dan hanya kembali ke Royal Festive Hall sejak 12 tahun lalu.
Namun sebaik sahaja dia memainkan biola untuk tiga lagu pertama, Kyung berasa terganggu mendengar budak berkenaan batuk.
Ia menyebabkan Kyung menghentikan persembahannya sebelum menempelak ibu bapa budak tersebut.
Dalam pada itu, jurucakap Kyung berkata batuk adalah perkara biasa di mana-mana majlis, bagaimanapun untuk konsert berkenaan, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil bersama.
Kyung yang berasal dari Korea bermain muzik sejak berusia sembilan tahun dengan orkestra di negara berkenaan. Dia berehat selama lima tahun dan tidak muncul dalam mana-mana konsert selepas mengalami kecederaan di bahagian jari.