Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Saya Belum Sedia Untuk...

KUALA LUMPUR - "Saya belum bersedia untuk bercakap," kata isteri Tan Sri Jamaluddin...

KP Sinar Harian Meninggal...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk...

Kurang Pengetahuan Punca Ramai...

KANGAR - Kurang pengetahuan mengenai kelebihan khasiat buah-buahan tempatan antara punca golongan muda...

Terima Realiti Belia Tidak...

KUALA LUMPUR - Rakyat harus menerima realiti bahawa masyarakat tempatan, khususnya golongan belia,...

Pemandu Wanita Ini Mungkin Cacat Otak…

Bukan satu sikap yang baru kalau dikatakan tempat meletak kenderaan untuk golonga kelainan upaya (OKU) sering kali disalah gunakan oleh pemilik kenderaan yang sihat tubuh badan.

Keadaan itu sering kali mewujudkan kesukaran kepada pemandu OKU yang benar-benar memerlukan petak seperti itu bagi memudahkan diri mereka sedikit.

Di kalangan kita yang sihat tubuh badan, ada akal dan kesedaran sivik, sudah tentu kita sanggup bersusah sedikit daripada menggangu atau menyalah gunakan petak jenis berkenaan.

Kita juga akan sakit hati jika melihat pengguna normal lain bertindak menggunakan petak OKU.

Mungkin atas sebab itu, seorang pengguna Facebook, Jeng Yean Won bertindak mengambil gambar (atas) dan menyiarkan nombor plet sebuah kenderaan yang didakwa beliau milik seorang pemandu wanita yang bukan OKU tetapi tetap bertindak meletakan kenderaan di petak pengguna kumpulan itu.

Perkara yang paling menimbulkan kemarahan Yean Won ialah pemandu berkenaan telah ditegur oleh beliau tetapi secara selamba menjawab yang dia selalu meletakan kenderaannya di situ dan mahu cepat (sambil berjalan pergi dengan pantas).

Jawapan wanita itu memperlihatkan yang dia bukan dalam situasi kecemasan tetapi memang mempunyai sikap ambil mudah terhadap petak meletak kenderaan milik pemandu OKU.

“Kesimpulan? Dia semestinya mempunyai permasalahan mental, jadi saya memutuskan untuk menamakan dan memalukan (name and shame), sila kongsi benda ini,” katanya dalam staus Facebook miliknya.

Tindakan Yean Won itu disokong pengguna Facebook yang lain dan penulis yakin anda juga akan menyokongnya.


Di kesempatan menulis rencana ini, Mynewshub ingin mencadangkan kepada orang ramai, agar bertindak dengan bijak dan terpelajar terutama di zaman ini di mana Malaysia sedang berusaha gigih ke arah menjadi negara maju.

Ciri-ciri negara maju bukan sahaja pada bangungan yang tinggi atau teknologi terkini, tetapi juga pada sikap rakyatnya yang terpelajar dan memiliki kesedaran sivik yang tinggi.

Aspek-aspek seperti menghormati hak orang lain dan kebersihan seharusnya mula dijadikan budaya dalam hidup kita agar kita bukan sahaja akan dipandang sebagai satu bangsa yang berjaya dari segi ekonomi tetapi juga memiliki nilai-nilai hidup yang positif seperti mana orang melihat kepada Bangsa Jepun.

MESTI TONTON….VIDEO-VIDEO BERKAITAN PENYALAH GUNAAN PETAK LETAK KERETA OKU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori