Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Identiti Mr. H Masih...

KAJANG : Keterangan individu dikenali Mr. H dipercayai akan diambil polis hari ini...

KKM, MKN Perlu Dinamik...

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu...

Pemandu Bas Didakwa Sebabkan...

BALIK PULAU - Seorang pemandu bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Debat Khairy-Ku Li Dijadualkan...

KUALA LUMPUR - Debat yang dinantikan oleh orang ramai antara dua calon Presiden...

Pembantu Tadbir Menang Hadiah Utama Cabutan SSP 2014

KUALA LUMPUR – Seorang Pembantu Tadbir Kementerian Pertahanan Wan Norhisham Pa’wan Chik, 44, memenangi hadiah utama Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1 juta.

Wan Norhisham yang hadir bersama-sama isteri, Rozita Said, 41, pada acara cabutan itu di sebuah pusat beli belah di sini, berkata pada mulanya beliau menganggap panggilan yang diterima hanyalah palsu daripada kawan-kawan yang ingin ‘mengenakannya’.

“Namun, saya amat bersyukur dan gembira apabila mengetahui panggilan itu benar sebelum diminta hadir ke acara cabutan ini petang tadi,” katanya yang menyimpan sejak lebih 10 tahun dengan jumlah simpanan RM50,000.

Wan Norhisham yang telah berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan selama 20 tahun dan berasal dari Taiping berkata beliau berhasrat untuk meneruskan pelaburan dengan wang kemenangan itu selain ingin menunaikan haji serta perbelanjaan sekolah untuk lima anaknya.

Selain hadiah utama itu, BSN turut mengumumkan tiga kategori untuk menutup tirai Fiesta SSP 2014 iaitu Cabutan Bulanan, Tempatan dan Kenang Budi.


Ketiga-tiga pemenang kategori itu masing masing memenangi sebuah kereta Mercedes Benz C200 yang terbuka untuk semua penyimpan SSP, sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Extreme untuk penyimpanan yang telah menyimpan SSP di Kuala Lumpur dan SSP RM100,000 bagi penyimpanan yang telah menyimpan lebih 25 tahun bersama SSP.

Sementara itu, pada sesi sidang media Naib Presiden Kanan/Ketua Jabatan Kewangan BSN Frederick Siew Kin Meng berkata pada tahun ini, BSN menawarkan lebih 61,000 hadiah termasuk kereta mewah BMW dan Mercedes Benz dengan nilai keseluruhan berjumlah RM18 juta.

“Untuk tahun hadapan, sebanyak 88,000 hadiah bernilai lebih RM18 juta ditawarkan dalam Cabutan SSP yang antara hadiahnya berupa kenderaan mewah BMW dan Mercedes serta Perodua Axia.

“BSN turut mengekalkan hadiah SSP RM1 juta sebagai hadiah terhebat dalam Cabutan Istimewa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori