Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh, Jalan Raba...

IPOH - Tanah runtuh menyebabkan rekahan di sepanjang Jalan Raba dekat Tronoh pada...

Program ‘Rehiring’ PATI Tamat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak Program Penggajian dan...

Gadis 19 Tahun Dinobat...

OSLO - Gadis Norway berusia 19 tahun dinobat jutawan paling muda di dunia...

‘Pengantin’ Diraba Bukan Perempuan...

BARU-BARU ini tersebar video kononnya seorang pengantin perempuan di China merelakan dirinya diraba semata-mata...

Pembentukan Awan Tebal Pada Ketinggian 50,000 Kaki

Walaupun nasib sebenar penerbangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia belum diketahui, punca kehilangannya terus menjadi antara topik persoalan penting.

Pada masa ini, banyak teori berarah kepada faktor cuaca sebagai penyebab kepada kehilangan kapal berkenaan.

Ini berikutan permintaan terakhir kapten kapal itu sebelum hilang pada radar untuk menaikkan pesawatnya bagi mengelak awan tebal.

Maklumat satelit terbaru yang dikeluarkan pihak BBC News di atas memperlihatkan pembetukan awan yang sangat tebal dan mencapai ketinggian 50,000 kaki di lokasi terakhir kapal berkenaan masih dikesan radar Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta, Indonesia.

Awan setebal itu  merupakan petanda cuaca ribut petir.

Bagaimanapun menurut wartawan berkaitan cuaca stesen itu, Darren Bett, pembentukan awan yang tebal di lokasi kejadian adalah sesuatu yang normal pada masa ini setiap tahun.

Awan yang terbentuk ketika ribut petir adalah jenis cumulonimbus dan mammatus yang boleh terbentuk sehingga ketinggian 60,000 kaki, di mana kapal terbang biasanya hanya terbang pada lingkungan ketinggian 30,000 kaki.

Kapten perlu menggunakan pengamalan untuk mengamati pembentukan awan di hadapan mereka bagi menentukan langkah seterusnya yang harus mereka ambil yakni untuk melanggar awan berkenaan atau mengelak.

Pembentukan ribut petir adalah sebanyak 3 peringkat iaitu peringkat kumulus, matang serta berpecah dan hilang (dissipating).

Ribut petir sukar untuk diduga dan hanya bermula serta berakhir antara tempoh masa 45 ke 90 minit.

Maklumat lanjut berkaitan ribut petir, pembaca Mynewshub disaran menonton video pertama di bawah yang memberikan maklumat secara jelas dan terperinci.


Ketebalan awan itu menjadikan teori kehilangan QZ8501 disebabkan faktor cuaca semakin kukuh.

Pembaca Mynewshub juga disaran membaca berikut;

Komunikasi Terakhir Juruterbang Beritahu Mahu Elak Awan Tebal

dan

Laluan Ganjil Dan Cuaca Kurang Elok Penerbangan QZ8501

VIDEO PERTAMA:

VIDEO: 2014 – BBC World News – AirAsia Flight QZ8501 Flying from INDON to SG Reported Missing – 28/12/14

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori