Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Rampas Telefon Bimbit...

Tenom : Saksi pendakwaan keenam membabitkan perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal,...

Hospital Melaka Sasar Kumpul...

MELAKA - Hospital Melaka menyasarkan untuk mengumpul 30,000 unit beg darah menerusi kempen...

Terusan Akan Kekal ‘Milik...

PANAMA CITY - Presiden Panama, Jose Raul Mulino pada Ahad menegaskan bahawa Terusan...

20 Maut Serangan Udara...

BALTULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander...

Calon Pemilihan Majlis Peguam Dihalang Tinjau Pengiraan Undi?

Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa (Exco) baru Majlis Peguam yang berlangsung dilaporkan sedikit kecoh apabila ada calon yang mendakwa tidak dibenarkan melihat proses pengiraan undi dilakukan.

Apapun keputusannya telah diketahui apabila peguam Hendon Mohamed memenangi proses pemilihan itu untuk penggal 2015-2016 dengan undi 1,948.

Memetik artikel The Star yang dipaparkan di laman web Majlis Peguam, peguam yang pernah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Sulaiman Abdullah menduduki tempat kedua dengan 1,788 undi diikuti Brendan Navin Siva (1,638) daripada 23 orang calon.

BACA – Barisan Peguam Muda Lancar Kempen Bantah Akta Hasutan

Kesemua 23 calon merebut 12 buah kerusi bagi menduduki jawatan Exco dalam badan yang mewakili peguam di negara ini.

Kontroversi tercetus apabila seorang calon, peguam Mohamad Reza Abu Hassan yang turut bertanding tidak dibenarkan menyaksikan proses pengiraan undi yang sedang dijalankan.

Reza berkata beliau diminta menandatangani satu surat akujanji bahawa tidak akan merakam atau menyebarkan gambar serta video proses pengiraan undi berkenaan yang mana menurutnya tidak mengikut peraturan.

“Ia adalah satu prosedur yang tidak ada dalam undang-undang tetapi hanya ditetapkan oleh Majlis Peguam.

“Saya tidak menandatangani surat berkenaan kerana ia tiada dalam peruntukan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.cc.


Menurut Mohamad Reza, beliau tidak mempersoalkan sama ada proses pemilihan yang dijalankan bersih atau tidak tetapi sesuatu perlu dilakukan berkenaan prosedur itu.

“Ia akan kompromi integriti pengiraan undi, sesuatu perlu dilakukan supaya proses sama tidak dipersoalkan pada masa akan datang,’ katanya.

Menurut beliau dalam kejadian semalam, lapan orang calon lain turut hadir dan mereka menandatangani surat akujanji berkenaan dan dibenarkan masuk.

Mereka yang dibenarkan masuk hanya boleh melihat video siaran langsung secara ‘streaming’ dan bukannya berada di lokasi pengiraan undi itu diadakan.

Dalam pemilihan itu bagaimanapun, Mohamad Reza tewas.

Pemenang lain bagi kerusi Exco Majlis Peguam penggal baru ialah Andrew Khoo (1,609), Richard Wee (1,519), Honey Tan (1,470), George Varughese (1,445), Syahredzan Johan (1,429), Ravi Nekoo (1,392), Datuk Low Beng Choo (1,388), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (1,362), dan Roger Chan (1,346). – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori