Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Perak Selar Tindakan...

IPOH - Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan hari ini menyelar tindakan segelintir...

Tiada Masalah Bincang Perjanjian...

KUCHING - Kerajaan persekutuan tiada masalah untuk mengembalikan sekiranya ada kuasa atau hak-hak...

Jam Menara Big Ben...

KALAU di Paris, Eiffel Tower menjadi bukti cinta setiap pasangan yang ke sana,...

Ahli Keluarga Sendiri Rogol...

LIMA lelaki terdiri daripada bapa, datuk dan tiga sepupu dihadapkan ke Mahkamah Majistret...

Inilah Akibatnya Kalau Gelojoh Kongsi Fitnah Di Facebook…

Di saat rakyat di beberapa negeri berdepan dengan musibah banjir, akaun dan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WhatsApp menjadi medium paling penting dalam menyampaikan maklumat terkini.

Bagaimanapun, tidak semua maklumat tersebut adalah benar kerana ada di antaranya direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Gambar yang kami kongsikan di atas adalah antara contoh maklumat palsu yang disebarkan menerusi akaun Facebook.

Melucukan kerana pemilik akaun bernama Mohamad Azrani Daud dengan yakinnya mendakwa lori milik syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd yang sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Dabong, Kota Bharu telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan barang yang dirampas kemudiannya dibungkus dalam plastik yang ditampal dengan logo Barisan Nasional (BN) sebelum diberi kepada mangsa banjir sebagai bantuan.

Menurutnya, maklumat itu diterima daripada peserta konvoi yang merupakan Pemuda PAS kawasan Kuala Nerus.

Bagaimanapun, Mohamad Azrani Daud akhirnya memohon maaf selepas pemilik syarikat itu sendiri memaklumkan khabar itu tidak benar sama sekali.


Aduhai, sudah-sudahlah! Tidak cukupkah dengan cerita kononnya ramai yang mati kelaparan di atas bukit atau berpuluh-puluh pesakit mati di hospital akibat ketiadaan bantuan oksigen?

Sikap gemar berkongsi maklumat yang tidak sahih ini bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah, tetapi juga menimbulkan suasana panik kepada mangsa.

Senang cerita, kalau tak mahu menghulur bantuan, lebih baik berdiam daripada menambah beban. – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Tak Ada Hati Perut! Sebar Fitnah Mayat Bergelimpangan)

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori