Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Coronavirus: Selidik Maklumat Sebelum...

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh...

Sistem Pilihan Raya Malaysia...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan...

Kotak Hitam Pesawat Airbus...

SUSULAN nahas pesawat Airbus yang terhempas di selatan Perancis, semalam.Menerusi laporan Reuters, salah satu...

“Belum Terfikir Soal Pengganti…”...

PENYANYI terkenal, Sufian Suhaimi mengaku tidak mahu memikirkan lagi soal mencari pengganti selepas...

Pemilik Ikan Sangkar Yang Diculik Dibebaskan Pagi Tadi

Pemilik ternakan ikan sangkar yang diculik kumpulan bersenjata di Kunak, Sabah, 16 Jun lepas, Chan Sai Chiun, 32, dilaporkan telah dibebaskan selepas 182 hari menjadi tawanan di selatan Filipina.

Menurut laporan laman web Harian Metro yang memetik sumber, mangsa selamat tiba di Sandakan pada pukul 6.45 pagi tadi menaiki bot laju dengan diiringi pasukan keselamatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut isteri mangsa, Chin Pek Nyen memaklumkan belum menerima sebarang maklumat berkaitan pembebasan itu hari ini.

MENARIK – Kerajaan Tidak Akan Bayar Wang Tebusan Kepada Penculik

“Ramai yang menghubungi saya hari ini bertanyakan perkara yang sama.

“Namun saya tidak dapat memastikan sejauh mana perkara itu kerana belum mendapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa.


“Apa-apapun, jika berita mengenainya benar, saya sangat bersyukur kerana suami akhirnya dibebaskan,” katanya.

Dalam kejadian pada Jun itu, Chan diculik oleh dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Seorang anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep pula diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai dan masih belum dibebaskan sehingga hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Video Kes Penculikan Di Sabah Jun Lepas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori