Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hubungan Dengan Izara Aishah...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid memberitahu...

Kerajaan Sedia 200,000 Unit...

PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan untuk menyediakan 200,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),...

Najib Tidak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak tidak menolak kemungkinan...

Video Klip ‘Shake Shake...

TIDAK sampai 24 jam dimuat naik di sebuah laman sosial, video klip lagu...

Penangan Bertekak Di FB Suami Isteri, Zalora Bagi Stok Setahun!

TUAH ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu.

Pepatah ini sesuai sangatlah mengambarkan kisah seorang isteri girang yang secara tiba-tiba menerima bekalan baju dan kasut seolah-olah untuk setahun dari pihak ZALORA secara percuma!

Wah….syoknya dan best giler lah!

(ENTRI Sebelum ini – Suami Minta ZALORA Jangan Layan Isterinya Shopping – KLIK)

Rezeki ini dikatakan perpunca apabila suaminya melarang isteri tercinta daripada bershopping di portal beli-belah, ZALORA.

Suaminya yang bernama Radzi Ali ini, memuat naik status di laman Facebook rasmi milik ZALORA Malaysia hinggakan kisahnya yang memohon ZALORA menyekat isteri daripada terus bershopping di laman itu menjadi viral di media-media sosial.

ZaloraFB_1

Hal ini sekaligus disedari oleh isterinya, Nuzaimah Ideris hinggakan mencetus sedikit perbalahan antara pasangan berkenaan.

Menurut Nuraimah, dia kuat bershopping di laman itu kerana dia sedang hamil dan tidak larat untuk keluar ke pusat beli-belah.

ZaloraFB_2

Apa pun, pasangan ini berjaya mencuri tumpuan ZALORA hinggakan pihak ZALORA sendiri menghantar bekalan stok secara percuma kepada isteri tersebut.

Mari kita tengok aksi gembira isteri ini….


0

9 11 1607082_812097422187664_4054561143708226223_n 10672404_812097295521010_6940030409592911272_n 10802072_812097402187666_224165638095539392_n

Terserlah kegembiraan isterinya hinggakan setiap gambar tidak lekang senyuman dari bibirnya. Hishh…iols yang tengok pun naik jeles taw. Hihi..

Bergaya sakatlah wanita ini dengan produk cun melecun daripada ZALORA ini.

Alhamdulilah, agaknya ini rezeki anak yang dikandung kot.

ZaloraFB_3

Suami ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak ZALORA yang berjaya memujuk isterinya dengan pemberian hadiah sebanyak itu.

Tidak lari dari sifat lucunya, Radzi Ali sempat bergurau dengan pihak ZALORA hingga mencetuskan tawa kepada sesiapa yang membaca statusnya. –MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori