Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dalam Senyap, RTM Bersedia...

KETIKA masyarakat kecoh susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Rabu sehingga...

Lelaki Orang Asli Ditemui...

KUANTAN - Seorang lelaki Orang Asli, dilaporkan hilang semasa mandi bersama-sama rakannya di...

Seni Persilatan Perlu Diperluaskan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya seni persilatan Melayu...

Kaum Ibu Disaran Galakkan...

SIMUNJAN - Sasaran kerajaan untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) di bawah...

Penerokaan Tanah Di Lojing Serius, Cuaca Semakin Panas

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli yang tinggal di beberapa kampung di Tanah Tinggi Lojing di sini mendakwa kawasan itu tidak lagi bercuaca dingin ekoran aktiviti penerokaan tanah yang serius.

Seorang penduduk Orang Asli, Basri Tumpang, 33, berkata, suhu di Lojing telah bertukar menjadi panas dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini akibat aktiviti penerokaan tanah untuk dijadikan kebun sayur.

Beliau turut mendakwa kawasan itu diteroka secara haram dan pengusaha terbabit menggunakan pekerja asing, yang dipercayai pendatang tanpa izin.

“Kita yang tinggal di sini rasa semakin terpinggir kerana kebanyakan tanah di kawasan tempat tinggal Orang Asli selama ini diceroboh pengusaha kebun sayuran,” katanya kepada Bernama di sini.

Seorang lagi penduduk Orang Asli, Sabri Limus, 58, pula berkata kebun sayur juga boleh dilihat diusahakan di bahu jalan raya di kawasan berkenaan.

“Dah tidak ada ruang tanah yang kosong sekarang ini apabila dipenuhi dengan kebun sayur termasuk di bahu jalan dan tanah-tanah rizab sungai,” katanya.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas Ab Aziz Yusof berkata terdapat lebih 120 pengusaha kebun sayur di Lojing dan keadaannya semakin sukar dikawal.

“Saya sebelum ini sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan meminta pihak berkaitan membuat pemantauan semua kawasan kebun sayur itu supaya ia tidak memberi risiko kepada kejadian tidak diingini khususnya banjir lumpur,” katanya.

Kerajaan Kelantan pula sebelum ini menafikan penerokaan tanah di tanah tinggi itu adalah serius sebaliknya berkata pengusaha pertanian di situ telah mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA).

Pada 2010 kerajaan Kelantan telah mewartakan kawasan seluas 404 hektar di tanah itu sebagai kawasan pemuliharaan kerana di situ terdapatnya hidupan bunga Rafllesia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori