Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kota Kinabalu Dikategorikan Zon...

PUTRAJAYA - Zon merah penularan COVID-19 di negara ini sudah mencecah 28 kawasan...

Wilayah Persekutuan Bakal Wujudkan...

Nilai hartanah terutamanya di kawasan elit sekitar Wilayah Persekutuan bukanlah alang-calang dan mampu...

Seluruh Pekan Jadi Ais...

SIBERIA – Lebih 22,000 penduduk di Dudinka terkejut ketika bangun pagi apabila mendapati...

Video: MPSP ‘Pujuk’ Pemilik...

AKIBAT tidak mahu kenderaan milik anaknya ditunda penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),...

Pengawal Keselamatan Tertembak Adik Ketika Memburu

Sipitang – Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.

“Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.

“Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori