Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hayati Perjuangan UMNO, BN...

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat...

Ismail Izzani Tujukan ‘Bidadari’...

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu lagu terbaharunya berjudul Bidadari ditujukan khas buat ibunya yang...

Ahli Parlimen Kuarantin Hadir,...

KUALA LUMPUR - Kehadiran tiga Ahli Parlimen yang sedang menjalani perintah Pengawasan dan...

Terbang 4,500 KM Berjumpa...

MALANG, seorang warga Holland, Alexander Pieter Cirk, 41, sanggup terbang sejauh 4,500 kilometer...

Pengebom Berani Mati M’sia Terbunuh Di Syria Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – Polis telah mendedahkan identiti pengebom berani mati kedua dari Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Anggota militan itu, yang dikenal pasti sebagai Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, dipercayai telah memandu sebuah trak yang sarat dengan bom ke kem tentera di Homs, Syria, membunuh kira-kira 50 askar Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Sumber mendedahkan bahawa Ahmad Affendi, yang masih bujang, telah pergi ke Syria pada 23 April untuk menyertai kumpulan pengganas IS.

Dipercayai bahawa penyerang berani mati itu, yang juga dikenali sebagai Abu Zakaria, berasal dari Tumpat, Kelantan, dan mempunyai kelulusan SPM.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan mengesahkan kematian Ahmad Affendi.

“Berdasarkan pengumpulan risikan, kami mengesahkan dia meninggal dunia dalam serangan itu.

“Kami percaya dia melakukan serangan tersebut sama ada pada 8 November atau 9 November,” katanya ketika dihubungi , Isnin.


Sebelum ini dilaporkan bahawa Ahmad Tarmimi Maliki, 26, diberikan penghormatan yang meragukan sebagai pengebom berani mati yang pertama dari Malaysia yang dikaitkan dengan IS.

Dia dikatakan telah meletupkan 25 tentera elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.

Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu SUV tentera dipenuhi dengan beberapa tan bahan letupan ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.

Pengeboman didahului serangan ke atas ibu pejabat oleh komando IS.

Sehingga kini, enam militan Malaysia telah meninggal dunia berjuang di Syria dan Iraq. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori