Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pemerdagangan Manusia: Tiga Negara...

PUTRAJAYA - Menteri Luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan perbincangan mengenai pergerakan...

NASA Sedang Bina Pesawat...

HOUSTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) telah mencipta...

JPA Nafi Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA - Cerita desas-desus konon penjawat awam di seluruh negara bakal menerima gaji...

Polis Kedah Cadang Teruskan...

ALOR SETAR ā€“ Polis Kedah bercadang meneruskan program ā€˜My Indah 19ā€™ dengan kerjasama...

Pengerusi PAC Selangor Wajar Daripada BN – Azmin

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor wajar dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang Selangor bagi meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi di negeri itu, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, jawatan Ketua Pembangkang merupakan jawatan penting dalam pengurusan negeri sebagai penyemak imbang (check and balance) kepada kerajaan negeri dan seharusnya dimanfaatkan bagi memberi keadilan kepada rakyat.

Justeru beliau melahirkan kekesalan kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Shamsuddin Lias enggan menerima pelantikannya sebagai Pengerusi PAC Selangor.

“Langkah kerajaan negeri memberikan pengiktirafan terhadap jawatan Ketua Pembangkang adalah usaha untuk memantapkan demokrasi matang di Malaysia yang mengambil sistem ala Westminster dimana peranan pembangkang dalam pentadbiran tidak dipandang serong atau dianaktirikan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Mohd. Shamsuddin kelmarin mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuat kuasa serta merta.

Beliau membuat keputusan itu kerana enggan menerima pelantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa PAC Selangor seperti yang diluluskan pada persidangan DUN Khamis lalu.

Ia berikutan sikap berat sebelah pentadbiran kerajaan negeri yang meletakkan komposisi anggota jawatankuasa PAC dimonopoli ADUN pakatan pembangkang dan ia dilihat lebih berunsur muslihat politik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori