Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hutang Negara Cecah RM800...

KUALA LUMPUR – Hutang rasmi negara dijangka cecah RM800 bilion pada bulan depan.Bekas...

Pencaturan Tun M ...

KUALA LUMPUR - Selepas 19 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU),...

Video: Anak Kucing ‘Dibersih’...

RASANYA jarang boleh jumpa ada orang berhati mulia macam wanita ini yang sanggup...

KMJ Teruskan Jelajah, Tunku...

MERSING: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 meneruskan jelajah hari kedua merentasi perjalanan paling...

Penghidap Diabetes Di Pahang Meningkat

KUANTAN – Jumlah pesakit diabetes di Pahang meningkat kepada 50,415 orang setakat Nov lepas berbanding 44,827 orang pada 2013, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia Dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Beliau berkata peningkatan itu membimbangkan dan kerajaan negeri Pahang sedang mencari jalan untuk mengatasi trend yang membimbangkan itu.

“Kita akan cuba meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat tentang tindakan yang perlu dilakukan kerana hasil tinjauan kesihatan kebangsaan tahun 2011 menunjukkan separuh daripada pesakit yang disahkan diabetes tidak mengetahui mereka adalah pengidap diabetes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Negeri yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar.


Sehubungan itu, beliau menyeru mereka yang berisiko tinggi seperti berat badan berlebihan atau mempunyai anggota keluarga penghidap diabetes supaya menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi pengesanan dan rawatan awal.

Di Pahang katanya, kerajaan menyediakan perkhidmatan penjagaan dan rawatan penyakit diabetes di 71 klinik kesihatan dan 11 hospital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori