Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Azhar Harun Mohon Maaf...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memohon maaf...

MAIPs Terus Tumpu Kemajuan...

MUSCAT - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Majlis Agama...

Wajah Mirip Artis, Remaja...

DEK memilik wajah mirip beberapa artis terkenal tanah air dan luar negara, seorang...

Jurey Gesa Isu Agihan...

PRESIDEN Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Datuk Jurey Latiff Rosli menggesa pihak...

Pengusaha Kedai Runcit Miliki Rokok Seludup Didenda

KANGAR – Seorang pengusaha kedai runcit yang mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki rokok belum lulus Kastam pada Mei tahun lepas hari ini didenda berjumlah RM3,290.

Majistret Mahkamah Kangar, Norhayati Ibrahim memerintahkan Syed Mustaffa Syed Abdullah, 67, dipenjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda manakala kereta Proton Persona miliknya dirampas serta dilucuthak.

Pengusaha kedai runcit itu dituduh memiliki 40 batang rokok John Black dan 53 batang Gudang Garam Surya kesemuanya bernilai RM9.74 manakala pertuduhan kedua pula menyimpan 1,400 batang rokok John Black dan 444 batang Gudang Garam Surya bernilai RM161.50.

Beliau yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya di Kompleks Bazaar Jejawi, Arau pada 28 Mei 2013. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 136(1)(d) Akta Kastam 1967.


Bagi pertuduhan pertama Syed Abdullah didenda RM190 atau penjara tiga hari manakala pertuduhan kedua denda sebanyak RM3,100 atau penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Perlis Abdul Malek Awang Kechik@Ramli. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Tj6ypNTY_G0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori