Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Skim Budi’ To Help...

NIBONG TEBAL - The Majlis Amanah Rakyat (MARA) provides ‘Skim Budi’, a special...

Tiada Laporan 3 Pelajar...

MELAKA - Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan...

Kucing Kacau Tuannya Solat,...

JIKA disebut sahaja kucing, secara jujurnya pasti ramai yang sangat sukakan keletah haiwan...

ABC Gergasi Kini Sedang...

TIDAK dinafikan orang Malaysia suka makan dan dalam usaha untuk menarik minat pelanggan,...

Penjenayah Cedera Kereta Dipandu Terbabas Langgar Tiang

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dipercayai penjenayah memandu kereta jenis Proton Saga BLM cedera selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran kondominium Permai, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dipercayai berasal dari Kerteh, Terengganu memandu kereta berkenaan dari Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu.

Saksi, Peter Eng berkata, ketika kejadian, dia berada dalam kediaman di kondominium berkenaan dan dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

“Saya bergegas turun dari tingkat empat rumah saya, ke kawasan kejadian dan lihat sebuah kereta Proton Saga berada di atas pembahagi jalan selepas rempuh tiang lampu. Pemandunya cedera dan polis beritahu lelaki itu merupakan seorang penjenayah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim mengesahkan menerima laporkan kejadian.

“Dipercayai kereta terbabit merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang di Terengganu. Lelaki yang cedera itu berusia 22 tahun ditahan sebelum dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa untuk siasatan lanjut,” katanya. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=m8KnzjUIg6w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori