Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Majlis Presiden PN Puas...

SHAH ALAM - Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai...

Pendengar Wanita Jilat Punggung...

SEBUAH stesen radio di Chile tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran seorang...

Alahai… Merajuk Sampai Duduk...

PEREMPUAN memang begitu sinonim dengan ayat 'merajuk' ni. Kalau lelaki merajuk lebih-lebih tu...

Identiti Mangsa 9/11 Disahkan...

NEW YORK - Identiti seorang pekerja kewangan yang terbunuh dalam tragedi 11 September...

Penumpang Tak Perlu Lagi Berebut Beli Tiket Feri Labuan

LABUAN – Perkhidmatan feri antara pulau ini dan tanah besar Sabah dan Sarawak melalui terminal feri Labuan kini bertambah baik apabila pengusaha menambah perjalanan feri masing-masing.

Keadaan orang ramai yang terpaksa berebut untuk membeli tiket feri ketika musim cuti hujung tahun kini sudah berlalu.

Kementerian Pengangkutan melantik tiga pengusaha untuk mengendalikan perkhidmatan itu.

Labuan Corporation Sdn. Bhd., (LFC) mengendalikan feri ro-ro Wawasan Perdana, Labuan Mainland Link Sdn. Bhd., mengendalikan feri Putra Jaya dan Juta Bonus Sdn. Bhd., mengendalikan feri Kimanis 1.

Feri Wawasan Perdana dan Putra Jaya mampu membawa lebih 60 kenderaan dan 500 penumpang bagi setiap perjalanan.

Pengerusi Labuan Mainland Link Sdn. Bhd., Datuk Chin Hon Vui berkata syarikat itu sentiasa memastikan perkhidmatannya tidak terganggu, bukan sahaja pada musim perayaan dan musim cuti, tetapi sepanjang tahun.


“Penyelenggaran dan pemeriksaan berkala dilakukan untuk memastikan feri berkeadaan baik untuk mengelak sungutan orang ramai,” katanya kepada Bernama hari ini.

Labuan Mainland Link, yang mengendalikan feri Kimanis untuk Juta Bonus, mengadakan dua hingga tiga perjalanan setiap hari sejak akhir November bagi memenuhi permintaan yang dijangka bertambah daripada penumpang dan kenderaan.

Perkhidmatan feri merupakan pengangkutan utama antara Labuan dan tanah besar Sabah, Sarawak dan Brunei.

Sementara itu, pengerusi LFC, Peter Kong menasihati penumpang supaya merancang perjalanan bagi mengelak berlaku pembelian tiket feri secara panik. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Feri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori