Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Jangan Pandang Mudah Cabaran...

GEORGE TOWN - Dalam misi memburu tiga mata penting untuk terus kekal dalam Liga Super musim depan, skuad bola sepak Pulau Pinang diingatkan agar tidak...

Rahsia 5 Faedah Kulit...

SELEPAS makan pisang, anda mungkin membuang kulitnya. Namun tahukah anda bahawa kulit pisang...

Skim Pensijilan MSPO Dikaji...

KUALA LUMPUR - Prinsip dan kriteria Skim Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)...

QZ8501: Jabatan Penerangan Akan...

KEMAMAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau...

Penunggang Maut Motosikal Bertembung Kereta Di Sikamat

SEREMBAN – Seorang remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sikamat di sini, awal pagi ini. Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada 2.14 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Shahidi Mohd Azmi, 17, dari Kampung Jiboi Baru di sini.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berpunca apabila pemandu kereta, Pang Veng Yaen, 28, yang memandu dari arah Seremban cuba memotong kenderaan di hadapannya dan melanggar motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan (Sikamat).

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa diseret sejauh 1 kilometer, manakala mayat mangsa tercampak di bahu jalan.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun yang dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori