Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Seorang Maut, 2 Pelajar...

KOTA TINGGI - Seorang penganggur maut manakala dua pelajar tingkatan dua cedera parah...

Hujan Meteor Delta Aquariids...

PUTRAJAYA : Rakyat Malaysia terutama para peminat bidang falak berpeluang menyaksikan kemuncak curahan...

Lelaki Ditahan Di Arab...

SEORANG lelaki warga Mesir yang bekerja sebagai penyambut tetamu di Arab Saudi ditahan...

Rompak Kafe Siber: 2...

KUALA LUMPUR - Dua beradik dan seorang rakan mereka dihukum penjara tiga tahun...

Penyakit Kulit Mengelupas Tak Halang Gadis Menang Ratu Cantik

KETIKA zaman kecilnya, dia langsung tidak memiliki keyakinan diri, sering dibuli dan dipinggirkan akibat menghidap Ekzema ataupun masalah kulit mengelupas.

Namun kini, siapa sangka gadis sama berjaya merangkul gelaran ratu cantik sekaligus membuktikan dirinya memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Shelley-Marie Sumner, 23, suatu ketika dahulu diejek kerana menghidap penyakit tersebut yang menyebabkan kulitnya seakan-akan kulit ular di beberapa bahagian tubuh, antaranya muka.

2442549100000578-0-image-a-22_1419499057256

Sehingga suatu tahap, Sumner pernah cuba mencederakan diri sendiri akibat tekanan yang dihadapi. Namun semuanya mula berubah apabila dia mendapat suntikan semangat daripada guru tarinya.

Setelah tamat persekolahan dan sembuh daripada penyakit tersebut, teman lelakinya mencadangkan Sumner menyertai pertandingan ratu cantik dan dia berjaya dinobatkan ‘Miss Black Country’ seterusnya layak menyertai ‘Miss England’.

530b17959638c-mb2.l.l


Setiap hari saya akan diambil pulang dari sekolah kerana penyakit yang saya hadapi, dan ia menyebabkan saya tidak berkeyakinan. Saya langsung tak pernah bermimpi untuk memiliki semangat masuk pertandingan ratu cantik.

Saya kini mampu membuktikan kepada pembuli saya dahulu bahawa ejekan mereka tak lagi meninggalkan kesan kepada saya.”

Setelah umurnya mencecah 20 tahun, gadis itu semakin sembuh dari penyakitnya dan mula berkenalan dengan teman lelakinya kini, Dean Williams, 23, yang selalu memberi kata-kata semangat kepadanya.

Sehingga kini, dia berjaya mengumpulkan lebih RM2 ribu bagi sebuah rumah kebajikan kanak-kanak, malah dia bertugas sebagai duta di situ. – MYNEWSHUB.CC

Persembahan Tarian Oleh Shelley-Marie Sumney Semasa Pertandingan ‘Miss England’ 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori