Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Tasik Titiwangsa Ditutup Dari...

KUALA LUMPUR - Keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa di sini akan ditutup kepada orang...

Dua Maut, Dua Cedera...

ALOR SETAR – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Nur Jazlan Dilantik Ahli...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed...

Chew Letak Jawatan Pengurus...

KUALA LUMPUR - Lawrence Chew sah meletakkan jawatannya sebagai Pengurus Besar Persatuan Badminton...

Penyokong Vietnam Tak Emosi Pun Bila Kalah, Malulah Kita

Kain rentang tertulis “Bolasepak Membantu Kita Menjadi Sahabat, Jangan Lakukan Yang Sebaliknya,” menghias satu ruang tempat duduk penonton di Stadium My Dinh di Hanoi malam tadi pada perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Malaysia.Su

Ia sebagai satu tanda selamat datang kepada para penyokong Malaysia yang menyokong Harimau Malaya.

Penyokong pasukan Malaysia yang melakukan onar menyerang penyokong Vietnam pada saingan di Shah Alam, Ahad lepas sepatutnya malu dengan penyokong Vietnam.

MENARIK – 15 Penyokong Bola Dikesan Bantu Siasatan Pergaduhan

Biarpun pasukan mereka kalah dalam keadaan yang agak memalukan 2-4, para penyokong Vietnam tidak pun bertindak mengejek pun para penyokong Malaysia apatah lagi menyerang mereka.

Pada perlawanan Ahad lepas, ada penyokong Vietnam cedera di kepala selepas dipercayai dipukul oleh penyokong Malaysia.

Ia adalah antara sebab kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kempen anti-samseng dalam bola sepak bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut berasa kecewa dengan segelintir penyokong Malaysia yang disifatkan beliau sebagai lebih memalukan daripada kalah.

“Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut, lebih-lebih lagi terhadap tetamu negara kita. Adakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia,” kata Khairy dalam luahannya yang panjang lebar di Facebook.


KJBengang_1.jpg

Apapun tindakan penyokong Vietnam menyemai kembali semangat persahabatan memang sepatutnya dipuji dan emosi tenang mereka biarpun tewas lebih membanggakan.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki untuk menentang Thailand di Bangkok, Rabu depan dan akan akan melayan kunjungan Thailand pada 20 Disember di Stadium Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Separuh Akhir Kedua Vietnam Lawan Malaysia

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori