Jika kita tidak mengetahui cerita sebenar, mungkin pakcik dalam gambar di atas dilihat tidak ada bezanya dengan penjaja aiskrim yang lain.
Hakikatnya, dia merupakan seorang lepasan Sarjana Usuluddin dan kini menyambung pengajiannya di sebuah universiti di peringkat doktor falsafah (Ph.D).
Kisahnya dikongsikan oleh saudara Aris Hazlan Ismail menerusi akaun Facebooknya.
Tulisnya:
Menariknya, jenama aiskrimnya dinamakan OSDA yang mempunyai maksud yang cukup mendalam.
Jarang sekali kita melihat insan yang sudah tinggi taraf pengajiannya mahu melakukan kerja-kerja menjaja seperti ini.
Kebanyakannya mungkin sudah menceburkan diri dalam bidang pekerjaan profesional dan menghadap komputer di pejabat.
Selepas ini, jangan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang buat kerja-kerja biasa seperti ini tak belajar tinggi.
Silap hari bulan, anda yang termalu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO PENJUAL AISKRIM
https://www.youtube.com/watch?v=Ij6q77NtmVw
Oleh: ELZA