Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

M’sia Kutuk Pelancaran Peluru...

KUALA LUMPUR - Malaysia kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya Republik Demokratik Rakyat ...

Habis Diserbu TMJ Belanja,...

KECOH setelah Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan istimewa apabila bayar kesemua barangan...

Gadis Nasi Lemak Nafi...

POPULARITI yang dikecapiƂĀ penjual Nasi Lemak Anak Dara membuatkan ada yang 'busuk hati' mengambil...

Warga Emas 68 Tahun...

KUALA LUMPUR - Berusia 68 tahun bukan halangan bagi seorang warga emas James...

Perdana Menteri Thailand Lawat Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia esok hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Jen Prayut akan diiringi oleh delegasi seramai 19 orang terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Darat, Timbalan Menteri Pengangkutan serta pegawai-pegawai kanan.

Lawatan ini adalah yang pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 25 Ogos lepas.

“Lawatan rasmi itu adalah bagi membina hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kesinambungan perkembangan hubungan dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.


“Selain itu, ia dapat memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk proses damai Selatan Thailand, perdagangan dan pelaburan, projek-projek infrastruktur kesalinghubungan di kawasan sempadan, pengangkutan dan pendidikan.

“Semasa lawatan itu, Jen Prayut dijadual mengadakan mesyuarat terhad diikuti dengan mesyuarat delegasi bersama Najib,” menurut kenyataan itu.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menjadi hos pada jamuan rasmi tengah hari esok bagi meraikan Jen Prayut dan delegasinya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori