Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPR Terima 73,806 Pendaftaran...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima sebanyak 73,808 permohonan pendaftaran pemilih...

Tanah Runtuh: Laluan Ke...

HULU TERENGGANU: Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) ditutup sementara bagi proses...

Rombongan Meminang Hampa Bakal...

SEORANG lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan ini sanggup merentasi beberapa buah negeri...

Jerebu: PM Nasihat Orang...

KUALA LUMPUR - Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa...

Busana Designer Malaysia Jadi Pilihan JLo, Lady Gaga

Tak terduga, 14 tahun lalu, nama Amir Kadir, 49, hanyalah bertebaran dalam industri fesyen tempatan sahaja namun kini, individu tersebut bisa menarik nafas lega apabila namanya kian dikenali di peringkat antarabangsa.

Mana tidaknya, bintang-bintang terkenal dunia seperti Taylor Swift dan Jennifer Lopez pernah menyarungkan adi busana beliau!

Kisahnya bermula apabila Amir mengambil keputusan berani untuk berhijrah ke luar negara bagi menimba pengalaman baru, lantas menutup operasi butiknya, Amir Kadir Design di Bukit Bintang.

Amir Kadir 1

Memilih lokasi Kuwait sebagai destinasinya untuk melebarkan sayap, Amir dahulunya bukan calang-calang nama dalam industri kerana pernah menghasilkan rekaan buat Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarhamah Datuk Syarifah Aini dan Ziana Zain.

Ujarnya dalam temu bual dengan portal MStar, “Saya membawa diri ke negara orang dengan harapan ingin berubah. Saya melihat pasaran dunia fesyen di Malaysia agak terhad kepada rekaan-rekaan tertentu sahaja.

Sebab itulah saya membuat keputusan mengejutkan untuk mencari pengalaman baharu dan Alhamdulillah… atas usaha saya itu hasil rekaan saya mula dipandang pada peringkat antarabangsa.”

Jlo

Impian beliau akhirnya tercapai apabila ciptaannya dipakai oleh penyanyi seksi, Jennifer Lopez ketika melakukan persembahan di MTV Music Video Awards di Los Angeles, Ogos lalu.


Namanya makin kukuh apabila Taylor Swift dan Jessie J menyarungkan persalinan indah rekaannya pada November lalu ketika membuat persembahan di American Music Awards juga di Los Angeles.

Taylor Swift  Jessie J Taylor Swift 1

Terbaru, menurut Amir, dia sedang menyiapkan busana buat penyanyi pop, Lady Gaga!

Alhamdulillah… saya tidak menyangka busana rekaan saya menjadi pilihan bintang-bintang antarabangsa itu. Malah lebih membanggakan, mereka memakainya tanpa banyak rungutan.”

Ujarnya lagi, walaupun tidak mendapat banyak keuntungan kerana ia merupakan tajaan, namun situasi itu merupakan kepuasan apabila rekaannya dipakai oleh bintang-bintang tersebut

Ya… jujurnya saya gembria. Percubaan saya melangkah keluar dari Malaysia untuk membuktikan sesuatu kepada diri saya dan juga negara akhirnya tercapai apabila pakaian yang saya hasilkan itu ditonton puluhan juta orang seluruh dunia.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori