Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: King Coco Vs...

KALAU ditanya individu paling 'dibahan' di media sosial ketika ini, berani gigit jari...

Mahu Rakyat Tegur Kelemahan...

JITRA - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau...

Operasi Kawalan Harga KPDNKK...

KUALA LUMPUR - Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

Tun M: Peluang BN...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang...

Perisik Korea Utara Godam Sistem Internet Negara Sendiri

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un memberi semangat kepada anggota tentera Biro 121 yang dirujuk pihak perisikan Barat sebagai pasukan askar siber Pyongyang. – Gambar hiasan

SEOUL – Misteri bagaimana rangkaian jalur lebar Korea Utara boleh tiba-tiba lumpuh separuh hari untuk dua hari berturut-turut sejak Isnin lalu mencetuskan kemungkinan ia adalah angkara pihak rejim negara komunis itu sendiri, lapor media Korea Selatan.

Ia hasil risikan pihak Seoul yang mendapati kes ‘black-out’ itu seperti dirancang Pyongyang agar kelihatan berlaku macam kebetulan setelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama minggu lalu mengancam bertindak balas ke atas talian Internet Korea Utara.

Langkah ‘balas dendam’ Washington itu pula muncul kebetulan selepas pengeluar filem terbesar dunia, Sony Pictures pada 17 Disember lalu mengumumkan pembatalan tayangan filem kontroversi The Interview yang mencetuskan kemarahan Korea Utara bulan lalu.

“Pyongyang dipercayai melumpuhkan sistem Internet mereka sendiri sebagai strategi melindungi pertahanan rangkaian jalur lebar negara itu kerana sudah dapat jangka AS akan bertindak serang balas pangkalan komputer Korea Utara,” kata Kim Myeong-joo.

Pakar keselamatan siber di Universiti Wanita Korea di sini menjelaskan, selepas berjaya menggodam Sony Pictures pada 9 Disember, Pyongyang berpura-pura menafikan serangan itu dilakukan mereka namun tidak menduga Obama akan ‘campur tangan’ lebih jauh lagi.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) malah mendapati kes godam ke atas Sony Pictures hanya kerana marah plot pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh dalam The Interview bukan jenayah siber biasa tetapi dibuat profesional teknologi maklumat (IT) dari Pyongyang.


“Untuk godam Korea Utara, AS kena minta bantuan China, kerana semua talian Internet ke Pyongyang mesti melalui rangkaian jalur lebar Beijing dan ini amat mustahil sebab China pula bukan negara sahabat AS seperti Jepun atau Korea Selatan,” kata Myeong-joo.

Ini memberi kelebihan kepada Korea Utara yang secara senyap sanggup belanja berbilion-bilion dollar melatih ramai penggodam di bawah agensi perisikan tentera menerusi pasukan dikenali sebagai ‘Biro 121’, jelas seorang bekas warga Pyongyang, Kang Myong-do.

Beliau yang berpaling tadah ke Seoul dan kini profesor di Universiti Kyerim mendakwa, tentera siber itu merekrut ramai pelajar bijak Korea Utara untuk menyerang sistem Internet Korea Selatan dan negara-negara asing sebagai strategi menakut-nakutkan musuh.

“Mereka inilah dalang belakang tabir kerana penduduk Korea Utara sedikit hanya 25 juta dan cuma ada kira-kira 1,000 alamat Internet yang diakses individu tertentu berbanding Korea Selatan 50 juta orang dan puluhan juta alamat Internet,” kata Myong-do. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori