PERGOLAKAN rumah tangga bekas kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui nokhtahnya pada Selasa depan.
Selepas lama tertangguh, akhirnya keputusan mengenai status perkahwinan Romie dan isterinya, Nur Liyana Abdul Manan akan ditentukan pada minggu hadapan.
Memetik Sinar Harian, Rubiah Jaafar, peguam yang mewakili Romie memohon penanguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana diputuskan.
Nur Liyana yang diwakili peguam, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Rumah tangga pasangan ini mendapat liputan meluas media selepas Hanez dikatakan dan dituduh menjadi penyebab kepada kehancuran perkahwinan ahli perniagaan itu dengan isterinya. – MYNEWSHUB.CC