Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Abdul Rashid Dedah DAP...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul...

Barcelona Belum Putus Asa,...

BARCELONA mengemukakan bidaan ketiga bernilai 55 juta pound sterling (RM293 juta) kepada Chelsea...

Daerah Melaka Tengah Mula...

MELAKA - Daerah Melaka Tengah mula dilanda banjir dengan dua pusat pemindahan dibuka...

Najib Hadir Majlis Berbuka...

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri...

Perkasa Memperjuangkan Agama & Bangsa – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bukan sebuah pertubuhan ekstrem sebaliknya telah banyak memperjuangkan kepentingan negara, agama Islam dan bangsa Melayu, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Katanya Perkasa tidak bertindak di luar batasan sehingga melakukan serangan peribadi dan bersifat perkauman seperti didakwa oleh beberapa tokoh-tokoh Melayu baru-baru ini yang menulis surat terbuka baru-baru ini.

“Perjuangan saya dan Perkasa untuk orang Melayu dan Islam terlalu banyak hingga ada pihak yang merasa terancam dan menjauhkan diri daripada pertubuhan yang berjuang untuk bangsa Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Tahunan Perkasa kelima yang dirasmikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad di Pusat Islam di sini hari ini.

Baru-baru ini seorang bekas duta Malaysia dan sekumpulan tokoh profesional Melayu membidas Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kerana hanya melakukan serangan peribadi dan bukan mahu berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat terbuka yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ibrahim berkata Perkasa juga mempunyai tokoh-tokoh Melayu yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang berbeza sekiranya dibandingkan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang terbukti bersifat perkauman dan melampau.


Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan perlu menyemarakkan semangat Rukun Negara, memperjelaskan kepada rakyat falsafah dan semangat yang tersirat di sebalik peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Abdul Hamid dalam ucapannya berkata orang Melayu sekarang menghadapi satu keadaan yang goyah berbanding pada tahun 1946, pada waktu itu orang Melayu kuat dan bersatu.

“Hari ini orang Melayu berpecah dan diperalatkan sehingga suara majoriti telah menjadi minoriti sementara suara minoriti menjadi sebaliknya dan menjadi kuasa penentu, malangnya orang Melayu tidak sedar dan tidak mengambil perhatian serius mengenainya dan hanya mengejar kuasa, pangkat dan wang semata-mata,” katanya.

Beliau berkata beberapa sikap negatif orang Melayu perlu diubah iaitu, membuangkan sikap mengambil jalan pintas untuk berjaya, membuang sifat hasad dengki, menjauhi sifat riak dan perlu mempunyai jati diri dan berprinsip dalam mempertahan sesuatu isu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori