Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

21 Pekerja Myanmar Rentung...

BANGKOK - Seramai 21 pekerja asing Myanmar rentung selepas bas dua tingkat dinaiki...

2 Pengasuh TASKA Direman...

Besut : Dua pengasuh wanita direman enam hari susulan penularan video kes dera...

Lelaki Ini Dipaksa Nikah...

TIDAK tahu sama ada boleh dianggap sebagai rezeki atau bencana, seorang lelaki berusia...

Hampir 1.5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ketika ini telah menerima...

Perlu RM200,000 Bedah Anak Hidap Penyakit Rosak Hati

SEORANG suri rumah dari Pasir Gudang, Johor merayu sumbangan bagi membolehkan anaknya Putera Fathullah Fahmi yang menghidap penyakit hati kronik menjalani pembedahan segera.

Siti Nurhidayah Shaari, 20, yang tinggal bersama keluarganya di Taman Air Biru, Pasir Gudang berkata, anak tunggalnya yang berusia setahun enam bulan itu memerlukan RM200,000 untuk menjalani pembedahan, namun wang terkumpul kini hanya RM28,000.

“Anak saya disahkan menghidap penyakit hati kronik selepas tiga hari dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan ketika berumur lima bulan.

“Namun, doktor mengesyorkan supaya dia menjalani pembedahan untuk pemindahan hati kerana hatinya sudah rosak.


“Kalau boleh, saya mahu ia dilakukan segera namun faktor kewangan membantutkan hasrat itu,” katanya memetik Harian Metro.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 151240294649 dan CIMB 7613256663 atas nama Siti Nurhidayah Shaari. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori